Thursday, January 4, 2018

Kerja atau sambung belajar? 1



Sebelum ni aku pernah kerja. Kerja aku bukan lah duduk ofis menghadap komputer 24 jam. Kerja aku keluar masuk kilang, buat qc, keluar jumpa customer untuk meeting atau technical support atau troubleshooting atau damage control. Boleh dikatakan kerja aku ni selalu kena berjalan la, takde nak duduk diam je layan perasaan. Lepas habis degree dulu, aku ada la terfikir nak sambung master, tapi ingat nak kerja dulu. Ye la dah belajar je kan, mesti la ada rasa nak cari pengalaman kerja, pegang duit sendiri, bagi duit kt mak ayah, beli macam2, so aku apply kerja, and dapat. Kebetulan, kerja aku tu memang best, sebab aku bukan jenis duduk diam buat kerja setempat. Aku cepat rasa bosan. Bila dapat jobscope selalu kena keluar, kadang2 travel tempat lain, memang heaven laa.

Then lepas dua tahun aku kerja, aku terfikir nak sambung belajar balik. Lagipun mak aku memang suka sangat la bila aku sambung balik, sebab dia nak aku settle down as pensyarah, so aku try tanya kawan aku yang tengah sambung masa tu, kot2 ada mana2 pensyarah perlukan student master. So aku jumpa pensyarah tu. Sebelum tu, aku ada jugak buat solat istikharah, and hajat, sebab tak semestinya apa yang kita nak tu yg terbaik betul tak. Lepas buat solat2 sunat tu, aku set date dengan pensyarah, apply cuti, yela aku kerja lagi kan time tu, then jumpa dia. Masalahnya, Dr. tu pulak takde, and dia suruh jumpa postdoc under dia. Dr. tu nak suruh discuss title (dia bagi tajuk kat aku kalau ikut discussion awal), and register terus. Tapi bila aku jumpa postdoc tu, lain pulak hal nya. Dia suruh aku cari tajuk sendiri (memang la kalau ikutnya cari sendiri kan, tapi kalau kau dah lama tak ambil tahu pasal research ni, mana nak tahu apa tajuk yang jadi trend reserach sekarang), nanti baru bagitahu dia balik. Lepas aku minta pendapat dia, dia macam reluctant jugak la nak bagi tajuk ke apa ke, so aku cakap, takpe lah Dr, nanti saya fikir tajuk dulu, baru contact Dr. balik, and aku minta contact number dia.

Lepas discuss tu, memang aku jadi tawar hati nak sambung balik, so aku teruskan kerja macam biasa, dan tak terfikir langsung nak cari lain.

Credit:Google
Tak lama lepas tu, mak aku tanya progress aku. Apa nak buat lepas ni, pensyarah lain jumpa ke tak, universiti lain nak try ke tak. Agak banyak la soalan. Kawan aku bagitahu ada sorg Dr. ni, yang lain pulak la, dia nak cari student master. So aku ambil email dia, and email tanya bile free. Dia cakap anytime boleh jumpa. So aku set date and jumpa. Tapi sebelum jumpa Dr. ni, aku tak buat segala solat2 sunat tu, sebab aku macam dah tawar hati. Bagi aku, kau pergi je, tengok macam mana nanti. kalau dipermudahkan, maksudnya okay la tu, kalau tak boleh jugak, means maybe next time la baru fikir balik.

Then time aku jumpa Dr. tu, lepas discuss macam2 dengan dia, aku balik rumah, buat solat sunat. Sebab aku rasa urusan aku dipermudahkan. Macam smooth je discussion aku dengan Dr. tu, so aku nak cari jawapan dengan Dia pulak. Mana tau ni aku punya calling. Aku tak nak lah main berhenti kerja macam tu, lepas tu tak nak sambung belajar, then menganggur je. Kereta tak habis bayar lagi woit.

Next post aku sambung. Banyak pulak nak cerita. Ada kerja jap.

No comments:

Post a Comment

Kerja atau sambung belajar? 2

So lepas aku buat istikharah semua, dalam seminggu lebih jugak la, aku decide nak sambung belajar. Plan asal dulu, aku nak ambil coursework...