Friday, January 5, 2018

Kerja atau sambung belajar? 2

So lepas aku buat istikharah semua, dalam seminggu lebih jugak la, aku decide nak sambung belajar. Plan asal dulu, aku nak ambil coursework. Penat la nak research bagai, macam malas nak masuk lab balik je. Tapi yuran dia, fuhhh. Tak jadi terus. So aku pilih research. Lagipun aku memang nak berhenti time tu jugak. Kalau tunggu coursework, lambat lagi daftar. Yela, September intake kan. So disebabkan aku ambil research, aku masuk la jadi research assistant dulu (RA), kumpul duit untuk bayar yuran September.

Credit:Google
First aku masuk lab nak study untuk literature review. Dia punya feeling tu, boring gila wei. Aku dah biasa keluar jalan buat kerja, sekali nak baca berpuluh2 journal ni depan laptop, lapan jam sehari, lima hari seminggu, gila. Tak boleh bernafas aku rasa. Otak rasa tepu. Lepas tu rasa macam terkurung. Memang la keluar ambil angin tapi apa je boleh, balik2 kena menghadap laptop balik nak baca journal, cari pasal research. Siap bawak laptop sambil pergi makan sorang2 kat Dubuyo. Layan feeling jalan2 kat mall, tengok orang main ice skating, beli kek makan sorang2, window shopping. Memang rasa menyesal sambung tu ada, rasa macam nak kerja balik ada, rasa nak ambil coursework je pun ada, rasa tak nak buat apa2, semua ada. Tapi benda dah jadi kan. Lagipun aku fikir, benda ni sekejap je. Yela nak menyesuaikan diri kan. And aku rasa aku bersyukur kot berhenti, sebab colleague kat ex-ofis aku, take over kerja aku, and dia bagitahu stress gila nak layan customer yang aku handle dulu tu. So, in that case, I'm happy with what I'm doing now. Tapi untuk benda lain, tengah usaha husnoszon lagi. And now semester 1 dah nak habis, and aku masih lagi berusaha nak cari journal lain untuk baca, nak tambah literature review lagi sikit tu, sambil buat lab part 1 yang dapat result tapi macam pelik, and nak buat lab part 2 yang tak sure apa akan jadi nanti.


So kalau korang tengah fikir either nak sambung belajar or teruskan kerja, sila la buat istikharah dulu. It helps. Really. Nak sambung tu kena atas pilihan sendiri. No ikut kawan please. Jangan sebab kawan kau ajak, kau teringin, so ikut la. No. Nnti tersangkut tengah jalan. Coursework okay lagi. Kalau buat research tu, memang tak habis wei. Silap2 setahun je tahan. Kalau ada tiba2 rasa macam best je kalau sambung, kena decide betul, fikir masak2, betul ke kau nak sambung. Dan kalau korang jenis tak boleh duduk diam, asyik nak kena keluar je, jangan la ambil research yang duduk lab je, cari lah yang boleh selalu keluar pergi site ambil sample ke apa, at least yang bukan terperuk dalam bilik empat segi bertutup. Kalau korang jenis ulat buku, better coursework, or kalau yang jenis biasa2 je, dua2 boleh, ada jugak pilihan mix mode in which coursework ada, research pun ada. Kalau aku, aku fully research, tapi universiti aku still wajibkan daftar subjek untuk achieved certain credit. Tapi sikit je la, macam sem ni, aku ada satu kelas je, lain semua masuk lab.

Lagi2 untuk korang yang kalau dah kahwin, lagi banyak dugaan, dengan anak dan suami. Ramai yang dah kahwin, research terus stop, berhenti tengah jalan. Alasan sebab susah nak sambung. Tak sempat. Takde masa. So memang kena kuatkan semangat. Kalau minat, okay, boleh proceed. In fact, ramai je kawan aku yang dah kahwin and still going strong. Sambung phD lepak je. And diaorang jadikan anak and suami tu sebagai something yang push untuk buat lab laju2. Hebat gila. So korang yang mana?

Kalau nak cari biasiswa, banyak yang boleh apply. Kat universiti tu sendiri kadang2 memang ada biasiswa yang diaorang sediakan. Takpun zakat ada je kalau nak apply, Mybrain, pinjaman mudah alih bank rakyat, bank lain pun ada, depends on courses. So InsyaAllah, bab kewangan tu okay. Asalkan kau kena berjimat la. Kalau dulu kau dah biasa berjimba lepas masuk gaji, kali ni sila lah banyakkan berpuasa, diet, eat clean (sebab tak makan bukan2), makan ikut sunnah (lapar betul baru makan, berhenti sebelum kenyang), and apa2 yang boleh menjimatkan selagi boleh.

Kalau korang tengah fikir universiti mana okay, banyak yang okay. Nanti aku bgtahu masa aku tengah survey dulu. Now nak siapkan proposal. Lagi dua minggu present wei. 😱 Till then.

Credit:FB UPM

No comments:

Post a Comment

Kerja atau sambung belajar? 2

So lepas aku buat istikharah semua, dalam seminggu lebih jugak la, aku decide nak sambung belajar. Plan asal dulu, aku nak ambil coursework...